Tuesday, September 10, 2013

Kuasa

Bila sesebuah enjin ditala untuk mengeluarkan banyak kuasa, enjin akan menjadi cepat panas. Dengan itu, ia memerlukan sistem penyejukan yang baik.

Sistem penyejukan cecair pada 135LC ini membolehkan ia ditala ketahap maksima. Ini dapat dilihat dari niasbah mampatan yang tinggi (10.9:1) dan kuasanya yang dikeluarkan sehingga 9.2kw.

Talaan sebegini membuatkan prestasi dijalanraya amat baik. Ia bermula dari pecutan dari kedaan berhenti sehinggalah ke kelajuan maksima yang lebih tinggi.

Pengalaman saya mengekori 135LC ini membuktikan ia boleh dipecut sehingga 130-140km/j di lebuhraya. Pada pemerhatian dan pendengaran saya, 135LC itu tidak dibuat sebarang modifikasi. Ini amat baik bagi sebuah kapcai.

Kalau diubahsuai dan dipasang dengan blok enjin sebesar 65mm....ehmmm....boleh terbang woooo.....

Friday, September 6, 2013

LC (Liquid Cooled)



LC
Satu masa dulu lebel LC ini sangat popular kerana dikaitkan dengan Yamaha RD 125LC, sebuah motorsikal 2 lejang 125cc. Ia amat popular kerana design yang canggih dan kuasa yang sangat baik pada masa itu.

Bila Yamaha mengeluarkan model 135LC beberapa tahun lalu, nostalgia itu datang kembali. Walaupun dengan cirri-ciri yang amat berbeza, tetapi ia terus disambut dengan meriah, seperti telah ditunggu-tunggu sekian lama.

Yamaha telah melakukannya dengan jaya kerana seperti juga LC yang dulu, LC baru ini turut mempersembahkan design yang canggih dan kuasa terbaik dalam kategori kapcai.

Ia terus menjadi buruan dari setiap golongan umur. Sehingga generasi kedua ini pun, sambutan masih hangat dari setiap peminat dunia permotoran terutama dunia motorsikal.

Jenama lain turut mendapat sambutan tetapi 135LC tetap paling hangat……….

Thursday, September 5, 2013

Siapa tak kenal!

Saya rasa semua kenal Yamaha 135LC. Kapcai paling hangat di Malaysia. Kapcai ini sudah lama dipasaran, tapi masih unggul dari semua aspek.
  • design paling cantik
  • kuasa paling umph.....
  • jualan paling laris
  • acessories paling banyak pilihan
  • modifikasi paling extreme
Rasanya, setiap insan yang ingin bermotosikal, kalau tak sentiasa pun, sekali mesti ada termimpi untuk memiliki super kapcai ini...........