Friday, September 6, 2013

LC (Liquid Cooled)



LC
Satu masa dulu lebel LC ini sangat popular kerana dikaitkan dengan Yamaha RD 125LC, sebuah motorsikal 2 lejang 125cc. Ia amat popular kerana design yang canggih dan kuasa yang sangat baik pada masa itu.

Bila Yamaha mengeluarkan model 135LC beberapa tahun lalu, nostalgia itu datang kembali. Walaupun dengan cirri-ciri yang amat berbeza, tetapi ia terus disambut dengan meriah, seperti telah ditunggu-tunggu sekian lama.

Yamaha telah melakukannya dengan jaya kerana seperti juga LC yang dulu, LC baru ini turut mempersembahkan design yang canggih dan kuasa terbaik dalam kategori kapcai.

Ia terus menjadi buruan dari setiap golongan umur. Sehingga generasi kedua ini pun, sambutan masih hangat dari setiap peminat dunia permotoran terutama dunia motorsikal.

Jenama lain turut mendapat sambutan tetapi 135LC tetap paling hangat……….

No comments:

Post a Comment